MDJ RANGKUL JOHAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI KELANTAN TAHUN 2024
MDJ RANGKUL JOHAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI KELANTAN TAHUN 2024
Alhamdulillah Majlis Daerah Jeli berjaya dinobatkan sebagai Johan Anugerah Kecemerlangan Pihak Berkuasa Tempatan Sempena Hari Kelantanku Bersih 2024.
Ahad | 12 Januari 2025M |
12 Rajab 1446H |
Dewan Tok Guru Dato' Bentara Setia Kompleks Kota Darul Naim
Penganjuran pertandingan yang amat berprestij ini dapat menggalakkan PBT untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang disampaikan kepada masyarakat.
YABrs. En. Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh diringi Setiausaha MDJ, YBrs En Nik Mohamad Fahmi Bin Nik Daud menerima replika cek & Sijil Anugerah Kelantanku Bersih daripada Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato' Haji Hassan di Dewan Tok Guru Dato' Bentara Setia Kompleks Kota Darul naim.
Ayuh kita bersama menjaga kebersihan serta cakna kepada kebersihan Diri, Keluarga dan Persekitaran kita semua.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak.