𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃 𝐊𝐄 𝐉𝐄𝐋𝐈 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐌𝐖𝐔𝐉𝐔𝐃𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃 - 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐊
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃 𝐊𝐄 𝐉𝐄𝐋𝐈 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐌𝐖𝐔𝐉𝐔𝐃𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃 - 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐊𝐇𝐈𝐑𝐈𝐍, 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐍𝐀𝐑𝐀𝐓𝐇𝐈𝐖𝐀𝐓 - 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐋𝐈, 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍).
Tarikh : 19 Ogos 2025 (Selasa)
Masa : 09:00 pagi
Tempat : Rumah Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Jeli, Padang Istiadat Majlis Daerah Jeli dan Gunung Reng
YABrs. Ketua Jajahan Jeli telah menerima kunjungan delegasi daripada Thailand pada 19 Ogos 2025 (Selasa) di Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Jeli. Rombongan delegasi daripada Thailand telah dihadiri seramai 50 orang yang diketuai oleh YABrs. Ketua Daerah Sukhirin bersama pegawai-pegawai dan juga rakyat Thailand yang terlibat. Manakala YABrs. Ketua Jajahan Jeli telah diiringi oleh pegawai-pegawai dari jabatan-jabatan yang terlibat.