- Pembersihan kawasan Majlis Daerah Jeli pada tiap-tiap hari bekerja, mulai pukul 7.30 pagi hingga 4.15 petang.
- Pemungutan sisa pepejal di kawasan perniagaan dan tong sampah berpusat diangkut pada tiap-tiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang.
- Pemungutan sisa pepejal di kawasan sekolah dibuat mengikut jadual ditetapkan.
- Sampah dilupus dalam lubang yang digali dan diratakan oleh jentolak setiap hari.
- Tempat pelupusan sampah ditimbus tanah bila mana telah penuh.
- Memastikan tempat pelupusan sampah tidak terbakar dan tidak menjadi tempat pembiakan lalat dan mencemarkan alam sekitar.
- Pemotongan rumput di taman permainan, kawasan lapang, bahu jalan, padang dan tempat awam, dipotong dengan ketetapan masa 21 hari satu pusingan.
- Semua longkang dibersihkan pada ketetapan masa 30 hari satu pusingan ( bergantung kepada keadaan )
- Semua longkang besar dibersihkan sekurang-kurangnya setahun sekali.
- Tempat-tempat awam seperti tandas awam, perhentian teksi & bas dan sebagainya mesti sentiasa dalam keadaan bersih.
- Pasar dibersihkan setiap hari oleh penender / pemajak.
- Semua kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan majlis, JKR, JPS, persendirian dan sebagainya, sentiasa diawasi supaya sisa pepejal dan lain-lain dalam kawasannya sentiasa dalam keadaan bersih.
- Kawasan perumahan yang baru siap, perkhidmatan diberi sebaik sahaja Sijil Kelayakan Duduk ( SKD) dikeluarkan.
- Setiap pemaju perumahan sebelum SKD dikeluarkan perlu menyediakan tong sampah awam.
- Anda hendaklah memasukkan sampah sarap ke dalam beg plastik, diikat kuat-kuat dan dimasukkan ke dalam bekas sampah.
- Mewujudkan kemudahan rekreasi dan keindahan, selesa & selamat diguna.
Untuk menjayakan piagam pelanggan ini tuan/puan dikehendaki :
- Mematuhi segala peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Majlis Daerah Jeli.
- Menggunakan sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Majlis Daerah Jeli.
Talian aduan : 09-9440023