msen
A- A A+
Soalan Lazim
 Hubungi Kami
maklumbalas3
Aduan& Maklumbalas
petalaman3
Peta Laman

Perutusan YDP

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung laman web Majlis Daerah Jeli (MDJ). Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang sentiasa mengikuti perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat, dalam memberikan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada seluruh warga Jeli, adalah diharapkan segala maklumat dan berita yang berkaitan dengan Majlis boleh dicapai melalui media komunikasi seperti laman web rasmi Majlis Daerah Jeli, facebook dan juga Twitter. Warga Jeli juga boleh berhubung secara terus bagi mendapatkan perkhidmatan dan nasihat secara atas talian serta menyelesaikan masalah dengan mengunakan Sistem Aduan FMS di dalam laman web, emel kepada Majlis dan mesej di facebook.

Laman web ini juga menyediakan e-perkhidmatan bagi memudahkan urusan pelanggan yang ingin memuat turun borang yang disediakan dari laman ini. Majlis berharap setiap pengguna laman web ini dapat memberikan idea, pandangan atau cadangan yang bernas bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh majlis dari semasa ke semasa.

Saya menaruh harapan melalui penggunaan laman ini, MDJ dapat memberikan perkhidmatan yang pantas, efisyen dan lebih tepat sesuai dengan keperluan warga majlis yang lebih selesa untuk mendapatkan perkhidmatan majlis melalui perkembangan teknologi yang terkini. Di samping itu, diharapkan pengunjung laman web ini akan  sentiasa mendapatkan maklumat yang terkini mengenai perkhidmatan majlis melalui kemudahan dan perubahan yang dilakukan  pada laman ini dari semasa ke semasa.

"Bandar Jeli Bandar Sejahtera"

Sekian, terima kasih.

 

 

MOHD SHAIFUDEEN BIN MD SALLEH

Yang Dipertua

Majlis Daerah Jeli

logo-mdj-1.png

Majlis Daerah Jeli
17600 Jeli, KELANTAN

TALIAN AM : 09-9440023
FAKS : 09-9440007


Web: https://mdjeli.kelantan.gov.my
Email: mdjeli@kelantan.gov.my
          it@mdjeli.gov.my

Borang Maklumbalas : Klik Disini

Kod QR Web Mobil

Kaunter Pelawat

Today15
Yesterday23
This week132
This month628
Total19133

2024-04-27

Search

Bilangan Pemilik Akaun Cukai Taksiran Majlis Daerah Tumpat Ogos 2016
KELGOV PPST

SEO-LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH JELI