Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
               
A- A A+
Soalan Lazim
Hubungi Kami
maklumbalas3
Aduan& Maklumbalas
petalaman3
Peta Laman

Akta

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Bagi melicinkan pentadbiran Majlis Daerah Jeli, beberapa akta telah digubal dan diterimapakai dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti Majlis iaitu:-

1. Akta 171 – Akta Kerajaan Tempatan 1976
1. Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171)
a)    Memberikan Perkhidmatan-perkhidmatan Bandar yang cekap dan berkesan:

  • Pengurusan Sisa Pepejal
  • Pembersihan dan Pengindahan Kawasan
  • Penyenggaraan Parit & Longkang
  • Pembinaan & Penyelenggaraan Jalan
  • Penyelenggaraan Bangunan-Bangunan Awam
  • Penyelenggaraan Tempat-Tempat Awam
  • Perlindungan & Pengawalan Kesihatan Awam
  • Penyelenggaraan Tanah-Tanah Perkuburan

b)    Mengurus dan Mengawal Segala Peruntukan Kewangan Yang Diterima:

  • Cukai Taksiran
  • Bayaran-Bayaran Lesen & Denda
  • Geran Pelancaran
  • Geran Tahunan Menggunakan Kaedah Keseimbangan
  • Geran untuk Projek-Projek Pembangunan
  • Geran Penyenggaraan Jalan

c)    Melaksanakan Projek-Projek Pembangunan Di Peringkat Tempatan:

  • Perumahan
  • Perindustrian & Perdagangan
  • Kemudahan-Kemudahan Rekreasi
  • Infrastruktur Bandaran

2. Akta Perancang Bandar Dan Desa (Akta 172)
a)    Memainkan Peranan Sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Bagi   Kawasan Pentadbirannya:

  • Mengatur , Mengawal dan Merancang Pemajuan dan Penggunaan Semula Tanah dan bangunan dalam kawasannya.

3. Akta Jalan Parit Dan Bangunan, 1974 (Akta 133)

  • Meluluskan Pelan Bangunan
  • Mengawal untuk memastikan kerja-kerja tanah yang dilaksanakan mengikut kehendak-kehendak yang ditetapkan.
  • Memastikan pembinaan sesuatu bangunan adalah mengikut pelan yang diluluskan.
  • Memastikan penggunaan sesuatu bangunan adlalah seperti yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Mengawal penggunaan bahan-bahan mudah terbakar dalam pembinaan sesuatu bangunan.
  • Penyediaan infrastruktur untuk sesuatu pemajuan.
  • Kawalan ke atas bangunan yang berada di dalam keadaan bahaya.
  • Pemeriksaan berjadual ke atas bangunan-bangunan yang sudah siap mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO)

4. Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Perintah (Tempat-Tempat Letak Kereta)

a)    Perintah Pengangkutan Jalan telah diwartakan di bawah Seksyen 72 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Undang-undang ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 1988. Antara kesalahan-kesalahan di bawah peruntukan uandang-undang ini adalah seperti berikut:

  • Membenarkan atau meletak kenderaan di mana-mana tempat letak kereta tanpa kebenaran, melainkan mempunyai resit daripada atenden bagi menunjukkan pembayaran telah dibuat.
  • Terus membenarkan atau meletak kenderaan di lot parking selepas tamat tempoh masa yang dibenarkan dalam resit rasmi yang dikeluarkan oleh atendan MDJ.
logo-mdj-1.png

Majlis Daerah Jeli
17600 Jeli, KELANTAN

TALIAN AM : 09-9440023
FAKS : 09-9440007


Web: https://mdjeli.kelantan.gov.my
Email: mdjeli@kelantan.gov.my
          it@mdjeli.gov.my

Borang Maklumbalas : Klik Disini

Kod QR Web Mobil

Kaunter Pelawat

Today23
Yesterday247
This week23
This month5583
Total20880

2021-10-18

Search