Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

faq 6

feedback 1

sitemap 1

call 2

phonebook

ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πŒπ„πŒπ€ππ‚πˆππ† πˆπŠπ€π π“πŽπŒπ€π ππˆπ€π‹π€ π˜π€π πƒπ€π“πŽβ€™ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 πŠπ„π‹π€ππ“π€π

ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πŒπ„πŒπ€ππ‚πˆππ† πˆπŠπ€π π“πŽπŒπ€π ππˆπ€π‹π€ π˜π€π πƒπ€π“πŽβ€™ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 πŠπ„π‹π€ππ“π€π

Part 1 : Pertandingan Memancing Ikan Toman

Pada 13 Disember 2025 (Sabtu), bertempat di Taman Perlindungan Ekosistem Sultan Ismail Petra, Tasik Pergau, Jeli, telah berlangsung Pertandingan Memancing Ikan Toman Piala YAB Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan.

YABrs. Ketua Jajahan Jeli merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Jeli mengiringi YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan menyempurnakan Pertandingan Memancing Ikan Toman Piala YAB Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan untuk perasmian penutup pesta ini. Turut hadir sama ialah YB Dato’ Rosnazli Bin Haji Amin, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, YB Datuk Kamarudin Bin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Negeri Kelantan, YB. Dato' Haji Abdul Hadi Bin Awang Kechil, ADUN Kuala Balah serta timbalan-timbalan EXCO, Ketua-ketua Jabatan Negeri Kelantan.

Peserta yang mendaftar dari seluruh negeri termasuk Johor, Kedah, Terengganu dan warganegara Singapura dengan yuran komitmen kehadiran penyertaan sebanyak RM10 sahaja.. Lima hadiah utama telah ditawarkan kepada pemenang iaitu Juara telah membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000, Naib Juara RM2,000, tempat Ketiga RM1,500, Keempat RM1,000 dan Kelima RM500.

Tahniah kepada semua pemenang

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak.

#IndahnyaKelate

#MariDerakJeli

#JomJalanJeli

#PakatJagabersama

SEO-LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH JELI

KELGOV PPST

DASAR PRIVASI