Latar Belakang Jeli
SEJARAH
Jeli adalah sebuah Jajahan baru di Kelantan, ia ditubuhkan 30 tahun lampau iaitu pada Julai 1982. Pada asalnya bahagian daerah Jeli terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebelah utara menjadi sebahagian daripada daerah Tanah Merah manakal di sebelah selatan pula dimiliki oleh Kuala Krai.
Pada awalnya Jeli dikenali sebagai Jajahan Kecil Jeli yang mempunyai pentadbiran yang tersendiri. Januari 1986, jajahan ini telah dinaik taraf dan diisytiharkan sebagai sebuah jajahan penuh.
PEKAN TUMPUAN
Beberapa kawasan utama di Jeli termasuklah
PENDUDUK
Penduduk Jeli seramai 46,700 orang (2009). Penduduk di daerah Jeli seramai 21,120 orang, penduduk di daerah Kuala Balah seramai 12,062 dan penduduk di daerah Batu Melintang seramai 9,690 orang. Kaum Melayu seramai 42,400 orang manakla Orang Asli seramai 472 orang. Peratusan penduduk Melayu ialah 97.7%, Orang Asli 1.1%, Cina 0.16%, India 0.09%, dan lain-lain 0.9%.
SEMPADAN
Jeli beruntung kerana menjadi bandar sempadan antara Malaysia dengan Thailand. Bandar Jeli hanya 100 km dari bandar Kota Bharu. Dari bandar Tanah Merah pula sejauh 50 km. Dari bandar Grik, Perak pula hanya 121 km sahaja melalui Lebuhraya Timur-Barat. Dari bandar Gua Musang pula hanya sejauh 115 km sahaja melalui Jalan Jeli-Jelawang-Gua Musang. Dari bandar Kuala Krai pula hanya sejauh 132 km melalui Jalan Jeli-Pekan Dabong-Sungai Sam-Kuala Krai. Dari Pekan Rantau Panjang pula hanya 45 km sahaja melalui Jalan Jeli-Panglima Bayu-Rantau Panjang. Dahulu Jeli mendapat jolokan ‘bandar koboi latin‘ tetapi kini semuanya berubah wajah. Ia menjadi penghubung antara Grik, di Perak dan Kelantan, bahkan sebagai pusat yang menghubungkan sempadan Ban Buketa, Selatan Thailand dan Bukit Bunga melalui Jambatan Muhibbah. Pusat pemeriksaan Imigresen dan Kastam (CIQ) siap pada Ogos 2010 dengan kos RM47 juta. Bandar Jeli juga telah mengalami perubahan fizikal yang ketara dengan pelbagai projek pembangunan yang telah dirancang. Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed (To’Pa) berharap Jeli berkembang maju pada 2015 mengikut perancangan. Cawangan Bank Muamalat yang ke-58 baru dibuka. Selain itu, kampus kedua Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Politeknik Jeli, Sekolah Menengah Sains serta pembesaran jalan di sepanjang Lebuh raya Timur Baratmenghubungkan Kelantan dengan Grik, Perak
TEMPAT MENARIK DI JELI
- Tasik Pergau, Lebuhraya Timur Barat
- Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli
- Kolam Air panas Jeli di Kampung Kolam Air Panas, Lebuhraya Timur Barat
- Lata Janggut, Kuala Long, Jeli
- Lata Renyok, Jalan Jeli-Dabong, Kg Renyok Jeli.
- Lata Chenang, Jalan Jeli-Dabong, Kg Relak,Jeli
MUKIM DI JELI