Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

faq 6

feedback 1

sitemap 1

call 2

phonebook

MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT DIGITAL BERETIKA DAN BERINTEGRITI

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kemudahan capaian internet telah mengubah lanskap kehidupan seharian masyarakat. Namun, di sebalik pelbagai kemudahan ini, wujud cabaran baharu berkaitan isu etika, penyebaran maklumat palsu, fitnah, dan masalah keselamatan siber. Sehubungan itu, Majlis Daerah Jeli (MDJ) mengambil inisiatif memperkenalkan konsep Internet Toyyibah sebagai panduan pelayaran siber yang sihat, selamat, dan berkat. Toyyibah membawa maksud sesuatu yang baik, suci, dan bermanfaat. Dalam konteks dunia digital, Internet Toyyibah menekankan keseimbangan antara kemajuan teknologi maklumat dengan penerapan nilai murni serta adab.

TERAS PENGGUNAAN INTERNET TOYYIBAH

Pembudayaan Aspek Tabayyun (Semak Sebelum Sebar) Setiap maklumat yang diterima tidak harus dikongsi secara melulu. Pengguna dianjurkan untuk menyemak kesahihan sumber terlebih dahulu bagi mengelakkan penyebaran fitnah, salah faham, dan berita palsu yang boleh merosakkan keharmonian. Adab dan Bahasa Komunikasi Penggunaan bahasa yang sopan dan berhemah di media sosial amat penting. Ruang siber bukanlah lesen untuk melakukan batiniah seperti cyberbullying, caci maki, atau meninggalkan komen berunsur kebencian. Perlindungan Privasi dan Keselamatan Siber Kesedaran mengenai keselamatan data peribadi perlu ditingkatkan. Pengguna digesa untuk melindungi maklumat sensitif serta sentiasa menghormati hak cipta dan harta intelek orang lain. Pemanfaatan Kandungan Positif Internet seharusnya dijadikan platform untuk menyebar kebaikan, menimba ilmu, dan mempromosikan perkara yang membina ekonomi serta modal insan masyarakat. Pengurusan Masa dan Batasan Diri Penggunaan teknologi yang bijak adalah yang tidak melalaikan. Pengguna perlu mengimbangi masa di alam siber agar tidak mengabaikan tanggungjawab hakiki terhadap keluarga, kerjaya, dan kewajipan seharian.

SEO-LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH JELI

KELGOV PPST

DASAR PRIVASI