Pusat Setempat (OSC)
Ketua Jabatan / Bahagian / Unit
Nama | Mohd Kamarularif Bin Mohamad Noor | |
Telefon | 09-9440023 / 09-9440260 | |
Faks | 09-9440007 | |
Emel |
mdjeli[at]kelantan.gov.my |
|
Alamat |
Majlis Derah Jeli, 17600 Jeli, Kelantan
|
Fungsi Bahagian
- Menerima dan menyemak permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan daripada pemohon;
- Meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas atau syarat-syarat yang ditetapkan;
- Membuat edaran permohonan cadangan pemajuan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan untuk diproses dan jabatan/agensi teknikal yang berkenaan untuk ulasan dan pandangan;
- Memantau permohonan-permohonan yang telah diedarkan kepada jabatan/agensi teknikal;
- Memaklumkan kepada jawatankuasa pusat setempat mengenai permohonan yang telah diterima;
- Mendapat maklumbalas lanjut daripada agensi teknikal sekiranya terdapat isu dan masalah;
- Mengumpul dan menyelaras kertas perakuan yang disediakan oleh jabatan perancang, jabatan bangunan, jabatan kejuruteraan, berserta pelan pra-perhitungan untuk diangkat ke mesyuarat jawatankuasa setempat;
- Mengedarkan keputusan mesyuarat jawatankuasa setempat terhadap kelulusan kebenaran merancang dan pelan pra-perhitungan kepada tanah bagi permohonan pembangunan tanah di bawah Seksyen 124 A dan 204 D Kanun Tanah Negara;
- Bertindak sebagai urus setia mesyuarat yang menetapkan tarikh dan memastikan mesyuarat diadakan dua(2) kali sebulan dan meyediakan minit mesyuarat dan maklumbals untuk edaran;
- Mengumpul kertas keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat setempat untuk dimaklumkan mesyuarat majlis penuh PBT.
- Mengedarkan keputusan rasmi kepada pemohon, pembantah, dan jabatan/Agensi teknikal.
Piagam Pelanggan
- Memberi layanan kaunter dengan mesra dan berbudi bahasa.
- Menerima dan mengedar setiap permohonan yang lengkap seperti :
- Pembangunan Tanah - pelan bangunan
- Kebenaran Merancang - pelan jalan dan parit
- Pecah sempadan dan ubah syarat (Sek. 124A, KTN)
- Penyerahan dan pemberi milikan semula (Sek. 204D, KTN)
- Pelan Sanitari - pelan landskap
- Pelan Tambahan dan pindaan untuk kediaman. komersial dan industri
- Permit Sementara
- Pelan Pembina Menara Telekomunikasi
- Pengedaran setiap permohonan lengkap yang dikemukakan kepada unit OSC akan di buat selewatnya 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan
- Memastikan fail permohonan yang melebihi tempoh 14 hari ulasan jabatan teknikal dibawa ke mesyuarat OSC untuk diputuskan keputusannya.
- Memaklumkan keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat setempat (OSC) untuk diputuskan keputusannya.
- Sentiasa bersedia menerima dan memberi maklumbalas bagi setiap pertanyaan atau aduan yang dikemukan pelanggan