Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung laman web Majlis Daerah Jeli (MDJ). Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang sentiasa mengikuti perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat, dalam memberikan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada seluruh warga Jeli, adalah diharapkan segala maklumat dan berita yang berkaitan dengan Majlis boleh dicapai melalui media komunikasi seperti laman web rasmi Majlis Daerah Jeli, facebook dan juga Twitter. Warga Jeli juga boleh berhubung secara terus bagi mendapatkan perkhidmatan dan nasihat secara atas talian serta menyelesaikan masalah dengan mengunakan Sistem Aduan FMS di dalam laman web, emel kepada Majlis dan mesej di facebook.
Laman web ini juga menyediakan e-perkhidmatan bagi memudahkan urusan pelanggan yang ingin memuat turun borang yang disediakan dari laman ini. Majlis berharap setiap pengguna laman web ini dapat memberikan idea, pandangan atau cadangan yang bernas bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh majlis dari semasa ke semasa.
Saya menaruh harapan melalui penggunaan laman ini, MDJ dapat memberikan perkhidmatan yang pantas, efisyen dan lebih tepat sesuai dengan keperluan warga majlis yang lebih selesa untuk mendapatkan perkhidmatan majlis melalui perkembangan teknologi yang terkini. Di samping itu, diharapkan pengunjung laman web ini akan sentiasa mendapatkan maklumat yang terkini mengenai perkhidmatan majlis melalui kemudahan dan perubahan yang dilakukan pada laman ini dari semasa ke semasa.