Soalan Lazim (FAQ)
|
1. Senarai Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Majlis dan Laman Web. |
|
Soalan: |
|
Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)? |
|
Jawapan: |
|
Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. |
|
Soalan: |
|
Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu/masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT? |
|
Jawapan: |
|
Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun kepada KPKT. |
|
Soalan: |
|
Apakah sampah pukal (tilam, almari buruk dan sebagainya) di pungut seperti mana kekerapan pungutan sampah biasa? |
|
Jawapan: |
|
Sampah pukal di pungut sekali seminggu sahaja. |
|
Soalan: |
|
Jika pihak yang di pertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah, apakan tindakan yang boleh diambil oleh penguna atau orang ramai? |
|
Jawapan: |
|
Pihak Penguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin. |