𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐋𝐈 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟏𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐋𝐈 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟏𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 𝟎𝟖 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬) / 𝟏𝟖 𝐑𝐞𝐣𝐚𝐛 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇
𝐌𝐚𝐬𝐚 : 𝟖.𝟎𝟎 𝐏𝐚𝐠𝐢
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 : 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐧𝐣𝐢, 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐞𝐥𝐢
Alhamdulillah, PUSPANITA Jajahan Jeli telah berjaya mengadakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PUSPANITA Jajahan Jeli Kali ke-11 Tahun 2026 dengan jayanya.
Perasmian Mesyuarat Agung PUSPANITA Jajahan Jeli Kali ke-11 Tahun 2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Hajah Asrina binti Mohamad, Ahli Majlis Pengurusan Tertinggi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan yang diiringi oleh YBrs. Pn. Norizwani binti Zakaria, Pengerusi PUSPANITA Jajahan Jeli bersama rombongan daripada PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan. Kehadiran YBhg. Datin bukan sahaja menyerikan majlis, malah menjadi satu penghormatan besar kepada PUSPANITA Jajahan Jeli.
Kehadiran ahli amat memberangsangkan iaitu dengan seramai 93 orang ahli PUSPANITA Jajahan Jeli yang terdiri daripada pelbagai jabatan telah menghadiri Mesyuarat Agung PUSPANITA Jajahan Jeli Kali ke-11 Tahun 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datin dan rombongan PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan serta semua AJK dan ahli-ahli PUSPANITA Jajahan Jeli yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan Mesyuarat Agung PUSPANITA Jajahan Jeli Kali ke-11 Tahun 2026 ini.
#𝙒𝘼𝙉𝙄𝙏𝘼 𝙎𝙀𝙋𝘼𝙆𝘼𝙏, 𝙉𝙀𝙂𝘼𝙍𝘼 𝙈𝙀𝙉𝙄𝙉𝙂𝙆𝘼𝙏#