Pembersihan kawasan Majlis Daerah Jeli pada tiap-tiap hari bekerja, mulai pukul 7.30 pagi hingga 4.15 petang.
Pemungutan sisa pepejal di kawasan perniagaan dan tong sampah berpusat diangkut pada tiap-tiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang.
Pemungutan sisa pepejal di kawasan sekolah dibuat mengikut jadual ditetapkan.
Sampah dilupus dalam lubang yang digali dan diratakan oleh jentolak setiap hari.
Tempat pelupusan sampah ditimbus tanah bila mana telah penuh.
Memastikan tempat pelupusan sampah tidak terbakar dan tidak menjadi tempat pembiakan lalat dan mencemarkan alam sekitar.
Pemotongan...
Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta
Bahagian PenilaianMaklumat Harta PeganganPenilaian harta yang baru menerima SKD / CF / CCC dan tanah kosong yang pecah sempadan akan dibuat dalam masa 3 minggu.
Maklumat harta boleh diperolehi di kaunter penilaian dengan serta-merta apabila bayaran dijelaskan.
Menjamin pengeluaran Bil Cukai Taksiran tepat sebelum berakhir bulan Disember bagi taksiran Januari – Jun dan sebelum bulan Jun bagi taksiran Julai – Disember tiap-tiap tahun.
Memberi kemudahan membayar cukai secara ansuran.
Bantahan
Anda boleh membuat bantahan ke atas taksiran dalam masa 2 minggu dari tarikh notis diserahkan.
Keputusan...
Bahagian Perancangan dan Bangunan
Permohonan kebenaran merancang dan mendirikan bangunan diterima daripada Unit One Stop Center dan pemeriksaan tapak dibuat dalam tempoh 7 hari.
Mengemukakan ulasan perancangan dan bangunan dalam tempoh 7 hari kepada Unit One Stop Center.
Permohonan mendirikan rumah sesebuah, bangunan bertingkat , projek perumahan dan kilang yang tiada masalah diluluskan dalam tempoh 4 minggu.
Permohonan pelan ubahan dan tambahan kecil diluluskan dalam masa dua (2) minggu dengan syarat mematuhi kehendak teknikal.
Permohonan yang bermasalah diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC untuk perakuan kepada Mesyuarat...
Bahagian Pelesenan dan Penjaja
1) Borang permohonan boleh diperolehi di kaunter Majlis Daerah Jeli.2) Kami akan memberi penerangan dan membantu pelanggan mengisi borang permohonan3) Permohonan lesen boleh didaftar terus, kecuali bagi peniaga berikut hendaklah daftar bersama:-
Sijil pemeriksaan kesihatan(bagi peniaga makanan)
Pandangan Pentadbir Tanah Jajahan
Perakuan Jabatan Bomba
Pandangan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia
Perakuan JKR Jajahan
Tenaga Nasional Berhad Jeli ...
Bahagian Pentadbiran
AmanahKami berusaha untuk meningkatkan daya inovasi kakitangan dan bertanggungjawab untuk menjaga serta menaikkan imej Majlis Daerah JeliLayanan Telefon Yang BerkualitiDengan sistem komunikasi yang canggih anda mendapat perkhidmatan yang terbaik. Panggilan anda akan sampai ke matlamat dengan serta mertaPenerimaan SuratSurat-surat anda akan diedar ke bahagian yang berkaitan untuk dijawab penerimaannya dan masalah diambil tindakan segera.Sewaan Dewan, Padang dan Peralatan1) Setelah borang permohonan diisi dengan lengkap kami berjanji menguruskan kemudahan ini dengan serta merta. Ini tertakluk...