KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2021
Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari 2. Malaysia 2021 (HKHM 2021), pihak Kerajaan Malaysia melalui Kerajaan Negeri menyeru semua Ketua Jabatan (Kerajaan Negeri Dan Persekutuan), Agensi, Badan Berkanun, Swasta dan Pemilik Penyewa Premis Perniagaan termasuk seluruh masyarakat Jajahan Jeli untuk pemasangan dan pengibaran Jalur Gemilang bagi menyemarakkan program sambutan bermula 𝟎𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟔 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟏.
Walaupun kita masih berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19, 3. sambutan HKHM 2021 perlu disemarakkan untuk meningkatkan lagi semangat patriotisme dan mencintai negara Malaysia khas di kalangan warga kerja dan masyarakat setempat. Di atas kerjasama dan keprihatinan YBhg. Dato '/ Tuan / Puan berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.