Bahagian Perbendaharaan
- Memastikan masa menunggu bagi pembayaran bil-bil di kaunter bayaran adalah selama sepuluh (10) minit bagi masa sibuk dan tiga (3) minit bagi masa kurang sibuk
- Memastikan semua urusan pembayaran kepada pembekal dan kontraktor Majlis diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh sesuatu tuntutan/invois diterima dengan lengkap.
- Menyiapkan penyata kewangan tahunan yang dimuktamadkan pada bulan April tahun berikutnya.
- Menyiapkan anggaran belanjawan tahunan sebelum bulan Julai setiap tahun.
- Memastikan Penyata Cukai Pendapatan anggota siap sebelum 31 Mac setiap tahun.
- Memastikan teguran audit dapat dijawab dalam tempoh 14 hari.