Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

faq 6

feedback 1

sitemap 1

call 2

phonebook

Lata Janggut, Batu Melintang, Jeli

Lata Janggut semakin popular, terutama pada musim cuti sekolah, dengan ramai pelancong dari dalam dan luar negeri yang datang untuk menikmati keindahan alam dan suasana tenang di sini. Pengunjung sering meluahkan kepuasan mereka terhadap keindahan dan kebersihan kawasan tersebut

Lata Janggut merupakan salah satu tarikan pelancong utama di Jajahan Jeli, Kelantan. Ia terletak di kawasan rekreasi yang menawarkan keindahan sungai berbatu dengan air yang dingin, jernih dan kehijauan. Sungai yang mengalir sejauh lapan kilometer menghubungkan antara Sungai Ruar dan Sungai Long. Air yang sejuk dan jernih melegakan pengunjung yang mandi di situ. Persekitaran di Lata Janggut terjaga dan banyak kemudahan asas seperti tandas, surau dan tempat letak kereta yang luas disediakan untuk memudahkan pengunjung.