Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

faq 6

feedback 1

sitemap 1

call 2

phonebook

Lata Keding, Bukit Kudung, Jeli

Lata Keding, Bukit Kudung, di Kampung Gemang, disini mungkin tidak begitu dikenali ramai, namun ia menyimpan seribu khazanah, flora dan fauna.Bukit Kudung misalnya menyimpan pelbagai rahsia sejarah yang tidak diketahui ramai orang antara yang pernah diceritakan memiliki kubu yang menjadi tempat persembunyian komunis suatu ketika dahulu.

Ecopark berkonsepkan igloo dan pelbagai fasiliti terbaik dikelilingi air terjun dan hutan. Yang bestnya dekat sini ada restoran Laila Majnun yang masakan thai & chaines diorang memang best giler. Lokasi depan UMK Jeli masuk 1.5km sahaja. Disebalik keindahan Bukit Kudung yang setinggi 448 meter itu juga terdapat batu sempadan yang dikenali sebagai Batu 73 yang bersempadan dengan negara Thailand sejauh 2.3 kilometer. Namun begitu, keindahan Bukit Kudung tidak akan dikenali ramai sekiranya Kamaruddin Awang, 42 tahun tidak mengambil inisatif menerokai kawasan terbabit selepas membeli tanah kebun kawasam itu.

Beliau berkata, kawasan itu pada mulanya mahu dibina rumah, namun disebabkan kawasan yang menarik dia memilih untuk membangunkan pusar rekreasi yang dikenali sebagai Lalang's. "Selepas melihat kawasan ini, dengan air terjun yang jernih dan kawasannya yang cantik, saya bfikir apa salahnya bangunkan untuk tujuan pelancongan ," katanya. Laluan mendaki yang agak mencabar selain keindahan alam semula jadi yang tifak terusik menjadikan tempat ini unik dan sesuai untuk warga kota menghilangkan tekanan bekerja. Pengalaman pertama mendaki Bukit Kudung memang menyeronokkan.