Taman Cahaya Ibadah, Gunung Reng

Gunung Reng terletak di Kampung Gunong, Jeli, Kelantan, Malaysia berhampiran Kampung Batu Melintang dan hanya 15km dari pekan Jeli. Menurut hikayat, tapak gunung ini pernah menjadi penempatan sebuah perkampungan iaitu Kampung Tala kira-kira 1,400 tahun yang lalu.


Walaubagaimanapun, sumber-sumber yang diperoleh tidak menyatakan secara spesifik keluasan tapak gunung tersebut. Gunung Reng mempunyai beberapa keunikan yang menarik seperti dibawah:


- Gunung ini berbentuk tirus ke bawah, seperti sebuah batu besar yang kokoh mencacak di atas tanah.
- Ketinggiannya mencapai 1889 meter dari permukaan laut.
- Terdapat beberapa gua di dalam gunung ini seperti Gua Payong, Gua Bedak, Gua Kaca, Gua Rimau dan Gua Batak. Gua-gua ini berbentuk bilik-bilik kecil dan dikatakan pernah menjadi tempat tinggal Puteri Sa’adong serta hulubalangnya. Melalui Gua Payong, pengunjung dapat menjelajahi Lorong-lorong dalam gua menuju ke bilik-bilik dan anjung hingga ke puncak Gunung Reng.